Beloggadisbiru here
sinopsis lestary - HANI -
January 19, 2011 • 11:39 AM • 4 comments

✪ Sinopsis : Hani ✪

ello , carik punya carik ! jmpa gak sinopsis cite Hani nih Photobucket
check it out .. hehe Photobucket

Ummu Hani Photobucket (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan Photobucket (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah Photobucket (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam Photobucket (Rozita Che Wan) dan Mokhtar Photobucket (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah Photobucket selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan? Photobucket

copycat by nysa c mushuk masham Photobucket n ,dpat dari nih : http://www.youtube.com/watch?v=H8sEv-GiYV0&feature=related :



sekian .. hehe Photobucket




Owner ;)


Assalamualaikum
I'm Niesa ;) Instagram: Anna.nisaa
Profile
Stuff
Tagboard



Followers





Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Niesa Rahim