Beloggadisbiru here
Budak 3Tahun kena seret van
July 27, 2011 • 4:30 PM • 0 comments

SAKIT...keadaan mangsa yang cedera parah.

adik Muhammad Haziq yang cedera parah.

Assalamulaikum & slam 1blogger .

Minggu lepas ,terjadi satu kemalangan at tempat nysa (Bandar Baru Putra,ipoh) .budak 3tahun kena seret van sejauh 100 meter . tak sangka lak nak jadi mcm 2.Tapi harap2 adek Haziq sembuh sepenuhnya nanti ..insyaAllah .Sama2 la kita doakan supaya adek Haziq bole hadapi semua ni n kuatkan semangat tau.

IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

 menurut doktor, Muhammad Haziq mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus. Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya..







sumber: Metro


Owner ;)


Assalamualaikum
I'm Niesa ;) Instagram: Anna.nisaa
Profile
Stuff
Tagboard



Followers





Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: Niesa Rahim